PENYERAHAN BANGUNAAN PRASEKOLAH OLEH PENGURUSAN LADANG REKA HALUS

Pada 19 September 2019,telah dijalankan majlis penyerahan bangunan Prasekolah yang dinina atas sumbangan pengurusan Ladan Reka Halus,disebabkan struktur binaan Prasekolah SK Sungai Sapi telah disahkan tidak selamat digunakan berdasarkan lawatan dan pemantauan jurutera JKR Beluran pada 16 Julai 2019.

Penyerahan secara rasmi daripada pihak pengurusan ladang telah disempurnakan oleh Tuan Fazrul Haqimi R.B. Abdullah selaku Pengurus Ladang Reka Halus mewakili Tuan Foo Koh Fei Pengurus Besar Ladang Reka Halus dan turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Roland G. Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Ladang Reka Halus serta Encik Ahmad Dasmara selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru[PIBG]SK Sungai Sapi.

Dalam Ucapan Tuan Fazrul Haqimi,pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada pihak pengurusan ladang untuk mendapatkan apa juga keperluan sekolah.Pihak Pengurusan Ladang akan berusaha untuk membantu dan memberikan sumbangan berdasarkan kelulusan AJK Bertindak Hal Ehwal Kebajikan peringkat ladang.

Encik Manggi Santiri selaku Guru Besar SK Sungai Sapi merakamkan penghargaan kepada pengurusan ladang Reka Halus kerana mengusahakan binaan sebuah bangunan yang kini digunakan sebagai kelas Prasekolah.Walaupun ruang agak terhad dan tidak kondusif dari segi standardnya tetapi boleh memenuhi perlaksanaan pembelajaran murid Prasekolah sejumlah 25 orang.

Tuan Fazrul Haqimi menyampaikan ucapan

Encik Manggi Santiri 






Encik Manggi Santiri menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Tuan Fazrul Haqimi bersama Encik Ahmad Dasmara

0 ulasan "PENYERAHAN BANGUNAAN PRASEKOLAH OLEH PENGURUSAN LADANG REKA HALUS", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan