Pada 9 September 2019 telah diadakan majlis santai caon-calon UPSR bersama warga SKSS dan ibu bapa calon.Jamuan makan bersama di jeti sekolah meriah dengan adanya ruang beramah mesra sambil santai.Calon UPSR akan meneruskan lagi perjuangan pada 10-11 September 2019 bagi kertas Matematik dan Sains.
Encik Manggi Santiri,Guru Besar SKSS merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa murid/calon UPSR kerana berkesempatan untuk hadir sebagai tanda sokongan kepada anak-anak mereka dan kepada pihak sekolah yang mengadakan majlis makan bersama sambil santai untuk tujuan menghilangkan tekanan kepada semua calon UPSR SKSS.Semoga usaha ini akan mendapat impak yang positif kepada semua pihak.
0 ulasan "HILANGKAN TEKANAN CALON-CALON UPSR BERSANTAI", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan