Pada 25 November satu lawatan daripada Puan Eryanti Bte Edy Penolong Pegawai Sektor Pembelajaran Pegawai JPN Sabah bersama Pegawai daripada PPD Beluran Encik Jamry Bin Sarunah Encik Abdul Mutalip Bin Sima dan Cik Vera Ariati Silalahi.Lawatan ini adalah untuk membuat pemantauan sebuah bilik darjah yang boleh diubahsuai/senggara untuk sebuah Bengkel RBT.
Bilik berkenaan akan dilengkapi dengan kemudahan Prasarana Bengkel Reka Bentuk Dan Teknologi sebaik sahaja penyenggeraan dan baik pulih selesai.
Encik Manggi Santiri Guru Besar SK Sungai Sapi bersama Cikgu Saidi Liasan selaku guru subjek RBT di sekolah ini telah membawa rombongan pelawat untuk melihat keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai untuk sebuah Bengkel RBT di sekolah ini.
Bilik darjah yang akan diubahsuai/senggara untuk Bengkel RBT
0 ulasan "LAWATAN PENOLONG PENGARAH JPN SABAH DAN PEGAWAI DARI PPD BELURAN", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan