TONTON VIDEO
1. PENDAHULUAN
Tarikh 31 Ogos pada setiap tahun merupakan tarikh keramat yang menjadi satu kewajipan untuk
diingati oleh setiap warganegara Malaysia.Bagi memupuk semangat patriotisme dan sikap prihatin
dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.Sambutan bulan kemerdekaan 2021 merupakan
program gabungjalin antara Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama prasekolah dan panitiapanitia
untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan bagi tahun 2021.
2. MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah adalah bertujuan
untuk menyemai rasa cinta akan negara dan bangsa. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk
memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air
di samping menanam semangat patriotik dalam kalangan murid-murid dan guru-guru SK. Sungai
Sapi, Beluran.
3. OBJEKTIF
3.1 - Menyemai rasa sayang dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid dan guruguru.
3.2 - Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan
3.3 - Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
3.4 - Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.
3.5 - Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing dalam
kalangan murid-murid dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
4. RASIONAL
Rasional sambutan bulan kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan aspirasi negara dalam
memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.Selain itu,
program seperti ini mampu membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang sejarah negara
dan warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
sepanjang sambutan kemerdekaan.
6. TARIKH PELAKSANAAN
23 Ogos - 15 September 2021
7. SASARAN
Semua murid Pra Sekolah, Tahun 1 – 6 dan guru-guru SK. Sungai Sapi, Beluran.
8. STRATEGI PELAKSANAAN
Oleh kerana sesi persekolahan adalah secara PDPR, semua aktiviti pertandingan semasa program
sambutan bulan kemerdekaan ini dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi tertentu.
9. ANJURAN
Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama panitia-panitia
10. CADANGAN AKTIVITI
Bil Aktiviti Penglibatan Tanggungjawab Cadangan Tarikh
Pelaksanaan
1 Pelancaran Bulan
Kemerdekaan
Semua murid dan guru Semua guru Panitia 23.08.2021
2 Pertandingan Tulisan cantik Murid Pra Sekolah Guru Pra Sekolah
3 Pertandingan mewarna Murid Pra Sekolah Guru Pra Sekolah
4 Kuiz online ( BI) Murid Tahap 2 Panitia B. Inggeris
5 Kuiz Jawi Murid Tahap 1 Panatia Pen.Islam
6 Poster Jawi Khat Murid Tahap 2 Panitia Bahasa Arab
7 Kuiz Sejarah Murid Tahap 2 Panitia sejarah
8 Pertandingan Mewarna Murid Tahap 1 Panitia Sejarah
9 Fotografi Sains Murid Tahap 2 Panitia Sains
10 Pertandingan mendeklamasi
sajak
Murid tahap 2 GPM
11 Pertandingan membaca
pantun
Murid tahap 1 Panitia B. Melayu
12 Majlis penutup secara online Semua murid dan guru GPM 15.09.2021
PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan diharapkan dapat memberi manfaat kepada muridmurid
dan guru-guru khususnya dalam meningkatkan semangat patriotisme walaupun keadaan
negara yang sedang dilanda wabak Covid19.Setiap aktiviti yang dirancang juga diharapkan dapat
dilaksanakan dengan baik walaupun secara atas talian atau menggunakan aplikasi tertentu,
0 ulasan "SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKSS 2021", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan