Permuafakatan Pentadbir Sekolah,Guru-guru dan AKP Pada 19 Januari 2021(Selasa),telah diadakan satu perjumpaan peringkat pengurusan sekolah untuk membincangkan tindakan pihak sekolah untuk melaksanakan program Transisi Tahun Satu melalui kaedah yang sesuai untuk menyampaikan maklumat perlaksanaan Program Transisi tahun Satu semasa PKP berkuatkuasa. Pihak sekolah telah membuat inisiatif dan bertindak drastik mengikut SOP melalui Puan Nurul Hamizah selaku Penyelaras Program Transisi. Pengagihan Modul kepada murid Tahun Satu telah dihantar di gate dengan bantuan En.Benjamin penjaga gate 3 Reka Halus. Modul ini kemudian dihantar pleh pengawal keselamatan Reka Halus ke Pejabat Pengurusan Ladang supaya ibu bapa murid boleh mengambil modul ini. Pigak Pengurusan Sekolah juga telah merancang untuk menyerahkan modul pembelajaran untuk Mata Pelajaran Teras tahap Dua iaitu bahasa Melayu.Bahasa Inggeris,Sains dan matematik dengan menggunakan kaedah penghantaran yang sama.
0 ulasan "PERFUAFAKATAN PdPR SEMASA PKP 2021", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan