PKPB tamat, diganti dengan PKP Pemulihan mulai 10 Jun 2020.
PUTRAJAYA: Tanda tanya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau sebaliknya terjawab hari ini selepas kerajaan mengumumkan ia ditamatkan pada 9 Jun ini.
Sebaliknya, Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PKPB tersebut diganti dengan PKP Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Jelas beliau lagi, PKPP dilaksanakan sebagai fasa ‘exit strategy’ negara berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Oleh itu, pada petang ini saya nak mengumumkan satu berita yang agak melegakan kepada anda semua. PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Perintah Kawalan Pergerakan, pada Ahad.

0 ulasan "PKPB beralih ke PKPP", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan