Masuk siaran akhbar Utusan Borneo pada 11 Oktober 2019
Kejohanan Sukan Olahraga SK Sungai Sapi telah dilaksanakan pada 2 dan 3 Oktober 2019,bertempat di padang SK Sungai Sapi.Rumah Biri muncul juara dengan kutipan 8 emas 6 perak dan 4 gangsa,manakala Rumah Merah naib juara dengan kutipan 6 emas 3 perak dan 8 gangsa.Di tempat ketiga Rumah Kuning dangan kutipan 4 emas 9 perak dan 6 gangsa.Dalam kejohanan ini adik ARCHLLES MOSES B. IDTAH @ ADNAN dinobatkan olahragawan setelah mengutip 4 pingat emas dan adik SITI NURSYUHADA BINTI RAMDAN olahragawati kejohanan setelah mengutip 2 emas 2 gangsa.
Dalam ucapan alu-aluan Encik Manggi Santiri,Guru Besar SK Sungai Sapi telah mengemukakan hasrat agar pihak Pengurusan Ladang Reka Halus dapat membina sebuah Mini Astaka untuk kegunaan apa juga aktiviti yang melibatkan penggunaan padang.Dengan harapan supaya ada keselesaan dan lebih teratur perlaksanaan sesuatu aktiviti kelak.
Perasmian penangguhan kejohanan ini telah disempurnakan oleh Tuan Fazrul Haqimi Abdullah Pengurus Ladang Reka Halus,dalam ucapan beliau telah meminta pihak pengurusan sekolah supaya dapat mengemukakan surat rasmi dan kertas kerja pembinaan mini astaka.Dokumentasi sokongan itu akan beliau bawa dan kemukakan kepada pihak pengurusan Ladang.Pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan Januari tahun 2020.
Turut hadir Encik Ahmad Dasmara YDP Pibg SK Sungai Sapi,Encik,Encik Jamil Mohamed Pengurus Ladang IOI Pamol,Encik Encik Pepe Villamac Retes Penyelaras HUMANAH Zon Sandakan,Encik Ismail Abdul Ketua Kampung Sungai Sapi.
Olahragawan adik Archlles dan adik Nursyuhadah olahragawati bergambar bersama Tuan Fazrul pengurus ladang Reka Halus,Pengurus Ladang IOI,Pengerusi PIBG,Guru Besar,Penyelaras HUMANA ladang Reka Halus dan Encik Luzinin.
Barisan guru dan pelaksana kejohanan 2019
0 ulasan "RUMAH BIRU JUARA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA 2019", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan